Thursday, March 19, 2009

mEnAngIsLaH wAhAi hAtI...


Tika rembulan meredupkan suasana malam...
Daku kegelisahan,kebingungan,kerisauan....kalut...
Memikirkan adakah diriku bisa menjadi insan segah Siti Aisyah,Siti Khadijah....
Adakah bisa menjadi insan yang terbaik...
Khalifah yang sempurna iman...akhlak...
Ah,menangislah wahai hati...
Hati yang sering dilanda tiupan duka......
Wahai hati...
Demi ALLAH,tiada satu musibahpun
Yang kekal dalam hidup ini bagaimanapun beratnya...
jika suatu ketika ia menimpa,
janganlah merasa x berdaya kerananya..
jangan pula bnyak mengeluh..
kerana ia pasti akan lenyap....
Wahai hati...
Ingtlah tiap-tiap persoalan ada jawabnya...
Sabarlah menanti penuh hikmah..
Mengharap penuh rahmatNYA...
Wahai hati...
La tahzan..la tahzan..la tahzan.......
~NUKILAN QALBI~
2.00 A.M,19 MARCH 2009

No comments:

Post a Comment