Friday, March 20, 2009

~jiwa~


Wahai jiwa…
Jiwa yang sering berkocak…
Kocakannya berirama mengikut rentak
Menghuraikan musibah yang sering datang bertimpa-timpa…
Sesungguhnya,daku hambaMU yang amat lemah…
Berilah daku kekuatan melangkaui hidup ini…

Jiwa…
Ikutlah imanmu..landaskanlah pada al-Quran dan sunnahnya…
Berpegang teguh pada akidahmu…
Jangan sesekali alpa…
Kerana kita bukan semakin muda…
Nun disana…syurga atau neraka menunggu kita…

Jiwa…
Bertasbih dan bertahmidlah…
Ingatlah pada ALLAH…setiap saat dan detik…
Setiap nafas kita milikNYA…
Berdoalah…moga-moga diberi kekuatan dan keteguhan iman..
ALLAHUMMA FAQIHNA FIDDIN…(3X)

~NUKILAN Qalbi~

21 MARCH 2009

No comments:

Post a Comment