Saturday, March 7, 2009

PROGRAM BIASISWA PELAJAR CEMERLANG KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPTM) SESI 2009/2010

PROGRAM BIASISWA PELAJAR CEMERLANG KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPTM) SESI 2009/2010

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Tahun Pertama di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di dalam bidang-bidang berikut :-
  1. Sains Fizik;
  2. Sains Kimia;
  3. Sains Biologi; dan
  4. Senibina
OBJEKTIF TAJAAN BIASISWA:

Memberi peluang kepada calon berkelayakan untuk dilantik sebagai tenaga akademik IPTA akan datang dengan mempunyai peluang tajaan di peringkat pasca siswazah.

SYARAT-SYARAT UMUM
  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 22 tahun semasa memohon;
  3. Telah mendapat tempat pengajian di peringkat ijazah pertama di tahun pertama (semester 1);
  4. Mendapat keputusan sekurang-kurangnya 7A (A1/A2) di peringkat SPM dengan kepujian dalam Bahasa Melayu atau setaraf;
  5. Mendapat keputusan sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.30 di peringkat asasi IPTA/Matrikulasi/STPM;
  6. Tidak mendapat tajaan pengajian dari mana-mana pihak;
  7. Pelajar perlu menandatangani perjanjian.
Kelebihan

Penerima biaya yang berjaya mengekalkan kecemerlangan prestasi akademik pada semester layak dipertimbangkan mengikuti 1 tahun pengajian di luar negara dengan pindahan kredit (jika rangka kursus mempunyai elemen ini);

KAEDAH PERMOHONAN

Permohonan akan dibuka dalam tempoh kemasukan ke IPTA secara online melalui laman web Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

No comments:

Post a Comment