Thursday, February 19, 2009

PELUANG KERJAYA DI MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan
Usahawan dan Koperasi dalam usaha menjadi “ the leading agency “ untuk pembentukan
Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra (MPPB) mempelawa individu-individu
yang berkelayakan, berwawasan, berfikiran dinamik dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi
serta boleh menyumbang ke arah kecemerlangan MARA dipelawa untuk mengisi jawatanjawatan
seperti dibawah :-
BIL.
JAWATAN
KLASIFIKASI
PERKHIDMATAN
KUMPULAN
PERKHIDMATAN GRED JADUAL GAJI
1.
PEGAWAI LATIHAN
VOKASIONAL
PERKHIDMATAN
KEJURUTERAAN
PENGURUSAN &
PROFESIONAL
J41
P1T1 RM 2088.25 - P1T23 RM 4721.03
P2T1 RM 2184.26 - P2T23 RM 5015.88
P3T1 RM 2284.45 - P3T23 RM 5306.79
2.
GURU TEKNOLOGI
KREATIF
PEGAWAI
PERKHIDMATAN
PENDIDIKAN
SISWAZAH
PENGURUSAN &
PROFESIONAL
DG41
P1T1 RM 1695.85 - P1T27 RM 4645.85
P2T1 RM 1790.47 - P2T27 RM 4924.12
P3T1 RM 1889.27 - P3T27 RM 5226.19
A: SYARAT LANTIKAN
JAWATAN 1:
BIDANG :
i. Kejuruteraan Elektrik vi. Kejuruteraan Awam
ii. Kejuruteraan Elektronik vii. Kejuruteraan Automotif
iii. Kejuruteraan Mekanikal viii. Kejuruteraan Bio – Process (Bio – Process Eng.)
iv. Kejuruteraan Mekatronik viiii. Kejuruteraan Instrumentasi
v. Kejuruteraan Petroleum x. Kejuruteraan Bio – Perubatan (Bio – Medical Eng.)
PELUANG KERJAYA BERSAMA
MARA
PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL
(TETAP/ KONTRAK)
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
a. warganegara Malaysia;
b. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi
pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred J41: P1T1)
c. lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan.
d. Pemohon mestilah mempunyai kelayakan Ijazah dalam bidang
pengkhususan yang sesuai dengan jawatan yang dipohon.
JAWATAN 2 : : :
BIDANG :
i. Digital Media
ii. Furniture Design
iii. Interior Design
iv. Fashion Design
v. Digital Film with Animation
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a. Warganegara Malaysia;
b. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada Institusi-institusi pengajian tinggi tempatan ;
atau
c. Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan
dan
d. lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan.
GURU TEKNOLOGI KREATIF
(TETAP/SEMENTARA/KONTRAK)
e. Calon-calon yang tidak memiliki Diploma Pendidikan tetapi memiliki kelayakan
seperti yang dinyatakan di atas boleh juga memohon. Calon-calon yang berjaya
akan dilantik secara perkhidmatan Sementara atas Gred DC41.
Jadual Gaji : P1T1 RM 1598.44 – P1T10 RM 2354.05
(Gred DC41)
Gaji Permulaan :-
Ijazah Sarjana Muda Kepujian - Gred DC41: P1T5 RM 1901.80
Ijazah Sarjana Muda Am - Gred DC41: P1T3 RM 1720.90
f. Pemohon mestilah mempunyai kelayakan Ijazah dalam bidang
pengkhususan yang tepat dengan jawatan yang dipohon.
B. CARA MEMOHON :
i) Permohonan hendaklah dibuat secara online yang boleh dilayari melalui laman
web MARA dan maranet iaitu maranet.mara.gov.my. Tarikh permohonan
dibuka dari 18 Februari 2009 hingga 28 Februari 2009.
ii) Calon-calon yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat
dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) hendaklah melengkapkan borang elektronik di laman web MARA.
Pemohon hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masingmasing
dan pastikan salinan sijil-sijil kelulusan yang disahkan dan lain-lain
dokumen, Kenyataan Perkhidmatan serta Laporan Prestasi Tahunan terkini di
sertakan bersama.
iii) Bagi kakitangan yang sedang berkhidmat dengan MARA semua salinan sijil-sijil
kelulusan yang disahkan dan lain-lain keterangan peribadi beserta LAPORAN
SULIT KHAS yang di meteri oleh Ketua Jabatan masing-masing hendaklah di
bawa semasa temuduga
C. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN :
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan-jawatan di atas adalah
tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang
berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
D. UMUR :
i) Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh
iklan di tutup.
ii) Pegawai sedang berkhidmat yang layak hendaklah berumur kurang dari 54 tahun
pada tarikh lantikan.
E. CARA PELAKSANAAN:
1. Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada
kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan.
2. Calon-calon yang bersedia untuk ditempatkan di mana- mana Pusat Pentadbiran
MARA di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak akan dipertimbangkan
untuk lantikan ke jawatan berkenaan.
3. Pemohon-pemohon yang layak sahaja akan dihubungi untuk sesi temuduga.
Mereka yang tidak dihubungi dalam masa enam (6) bulan dari tarikh iklan di
keluarkan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.
4. Pemohon yang mempunyai kelayakan Sijil / Diploma / Ijazah dari Institusi Luar
Negara dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah membuat semakan
pengiktirafan kelayakan melalui laman web JPA iaitu : www.interactive.jpa.my.
dan hendaklah mengemukakan salinan pengiktirafan tersebut semasa temuduga
nanti.
Sekian.
“MARA terus mara”
“ Keusahawanan Kerjaya Pilihan ”

No comments:

Post a Comment