Wednesday, March 11, 2009

PROGRAM PENDIDIKAN PETRONAS

PROGRAM PENDIDIKAN PETRONASBAGI LEPASAN SPM 2008
PROGRAM YANG DITAJA:

Program di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)
Program di Universiti-Universiti Lain (Luar Negara dan Malaysia)
TAWARAN ADALAH DALAM BENTUK PINJAMAN BOLEH-UBAH.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK:
PROGRAM DI UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP)
KURSUS
KELAYAKAN AKADEMIK
PROGRAM KEJURUTERAAN:
Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian)
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (Kepujian)
Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Kepujian)
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian)
Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum (Kepujian)
Sarjana Muda Petroleum Geosains (Kepujian)
Pemohon hendaklah menggunakan keputusan SPM 2008 dengan memperolehi sekurang-kurangnya 2A dalam 9 matapelajaran dan,
Memperolehi sekurang-kurangnya gred 2A dalam matapelajaran berikut: - Bahasa Melayu- Bahasa Inggeris- Matematik- Matematik Tambahan- Kimia- Fizik
PROGRAM TEKNOLOGI:
Sarjana Muda Teknologi Maklumat & Komunikasi (Kepujian)
Sarjana Muda Sistem Maklumat Perniagaan (Kepujian)
Pemohon hendaklah menggunakan keputusan SPM 2008 dengan memperolehi sekurang-kurangnya 2A dalam 9 matapelajaran dan,
Memperolehi sekurang-kurangnya gred 2A dalam matapelajaran berikut: - Bahasa Melayu- Bahasa Inggeris- Matematik
Memperolehi sekurang-kurangnya gred 2A dalam mana-mana 3 matapelajaran berikut:
- Kimia
- Fizik
- Biologi
- Sains
- Sejarah
- Geografi
- Sains Tambahan
- Matematik Tambahan
- Asas Perakaunan
- Ekonomi Asas
- Perdagangan
- Prinsip Akaun
- Teknologi Maklumat
- Asas Pemprosesan Maklumat
Nota: Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti Program UTP, dikehendaki menjalani serta lulus Program Pengajian Asas (1 tahun) di UTP sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.
PROGRAM DI UNIVERSITI-UNIVERSITI LAIN (DI LUAR NEGARA & MALAYSIA)
KURSUS
KELAYAKAN AKADEMIK
PROGRAM KEJURUTERAAN / SAINS GUNAAN:
Kejuruteraan Kimia
Kejuruteraan Mekanikal
Kejuruteraan Petroleum
Geologi
Geofizik
Pemohon hendaklah menggunakan keputusan SPM 2008 dengan memperolehi sekurang-kurangnya 2A dalam 9 matapelajaran dan,
Memperolehi sekurang-kurangnya gred 2A dalam matapelajaran berikut: - Bahasa Melayu- Bahasa Inggeris- Matematik- Matematik Tambahan- Kimia- Fizik
PROGRAM PERNIAGAAN / EKONOMI:
Perakaunan
Pentadbiran Perniagaan
Ekonomi
Pemohon hendaklah menggunakan keputusan SPM 2008 dengan memperolehi sekurang-kurangnya 2A dalam 9 matapelajaran dan,
Memperolehi sekurang-kurangnya gred 2A dalam matapelajaran berikut: - Bahasa Melayu- Bahasa Inggeris- Matematik
Memperolehi sekurang-kurangnya gred 2A dalam mana-mana 3 matapelajaran berikut:
- Kimia
- Fizik
- Biologi
- Sains
- Sejarah
- Geografi
- Sains Tambahan
- Matematik Tambahan
- Asas Perakaunan
- Ekonomi Asas
- Perdagangan
- Prinsip Akaun
Nota: Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti Program Luar Negara, dikehendaki menjalani serta lulus Program Pengajian Asas (sekurang-kurangnya 2 tahun) di pusat-pusat Pra-Universiti Tempatan sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.
SYARAT-SYARAT MEMOHON:
Calon-calon mestilah menggunakan keputusan SPM 2008.
Calon-calon mestilah warganegara Malaysia.
Calon-calon mestilah berumur tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2009.
Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik serta aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.
CARA-CARA MEMOHON:
Permohonan mestilah dibuat secara “online” melalui http://spmonline.petronas.com.my.
Sila muat turun dan baca dengan teliti Panduan Memohon dan Panduan Mengisi Borang. Sila klik Panduan Memohon dan Panduan Mengisi Borang untuk muat turun.
Setiap permohonan dikenakan Yuran Proses sebanyak RM20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja) dan bayaran hendaklah dibuat atas nama “Institute of Technology PETRONAS Sdn Bhd” melalui kaunter CIMB Bank – No Akaun : 08090002302056. Sila simpan Slip Wang Masuk untuk rujukan dan pengesahan bayaran.
Ibu bapa dinasihatkan supaya memohon bagi pihak pelajar yang sedang mengikuti kursus Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Sekiranya anda ingin memohon kemasukan ke UTP sebagai Pelajar Persendirian dan/atau dengan lain-lain penajaan (selain PETRONAS), sila memohon menggunakan borang dan kaedah yang sama di laman web http://spmonline.petronas.com.my. Walaubagaimanapun, permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan oleh UTP. Sila rujuk syarat-syarat kemasukan UTP di laman web http://www.utp.edu.my.
Permohonan secara online dibuka mulai 11 Mac 2009, jam 9.00 pagi.
Tarikh tutup permohonan : 17 Mac 2009, jam 5.00 petang.
UNTUK MEMOHON, SILA KLIK BORANG PERMOHONAN.

No comments:

Post a Comment