Thursday, February 19, 2009

TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN MARA

TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN


2.0 SYARAT-SYARAT AM PERMOHONAN


1. Bumiputera dan warganegara Malaysia.
2. Bekas pelatih KKTM/IKM.
3. Tidak pernah mengikuti kursus di peringkat pengajian yang sama di bawah pembiayaan sendiri atau dianjur oleh mana-mana badan penganjur termasuk MARA.
4. Aktif dalam ko-kurikulum semasa di kolej/Institusi/universiti.
5. Lulus SPM dengan kredit Bahasa Melayu dan Matematik.

3.0 SYARAT-SYARAT TAWARAN BANTUAN PINJAMAN PELAJARAN


1. Wajib menduduki ujian International English Language Testing System (IELTS) atau Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dengan memperolehi markah sekurang-kurangnya 5.5 ke atas bagi ujian IELTS atau 550/65 bagi ujian TOEFL.
2. Perlu mendapat cuti belajar tanpa gaji/pengesahan perletakan jawatan dari majikan bagi calon-calon yang sedang berkhidmat. Calon-calon di dalam perkhidmatan tetap pendidikan/perguruan atau mempunyai ikatan perkhidmatan di kalangan tenaga pengajar di IPTA dan IPTS adalah tidak layak untuk memohon.
3. Mendapat kelulusan penangguhan kontrak perkhidmatan/penangguhan bayaran balik pinjaman jika pernah ditaja oleh badan penganjur lain.
4. Wajib hadir dan lulus kursus orientasi/kursus kenegaraan anjuran MARA-BTN.


4.0 PERHATIAN


1. Pemohon mestilah telah manamatkan semester akhir pengajian pada tarikh permohonan dibuat.
2. MARA akan menyediakan tempat pengajian dengan bilangan yang terhad. Oleh itu calon adalah digalakkan untuk membuat permohonan tempat pengajian di negara-negara seperti United Kingdom, Australia, Germany atau Amerika.
3. Tawaran ini adalah untuk kemasukan sesi pengajian yang bermula di antara bulan Julai 2009 hingga bulan Februari 2010.



5.0 BORANG PERMOHONAN


1. Borang permohonan boleh diperolehi dengan menyertakan/membawa sijil kelulusan akademik /transkrip keputusan peperiksaan yang berkaitan ke alamat berikut:-

Pengarah
Bahagian Pendidikan & Latihan (Kemahiran) MARA
Tingkat 21, Medan MARA, Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur.
(U/P : Unit Sumber Manusia)


2. Permohonan melalui pos juga boleh dibuat dengan menyertakan salinan sah sijil kelulusan akademik/transkrip akhir yang berkaitan serta sampul surat berukuran 25sm x 37sm beralamat sendiri dan dilekatkan setem bernilai RM1.00.
3. Hanya calon-calon yang layak sahaja akan diberi borang permohonan.


Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta dengan salinan-salinan dokumen yang disahkan hendaklah sampai ke alamat seperti di atas sebelum atau pada 28 Februari 2009.

Permohonan yang tidak mendapat maklumbalas daripada pihak MARA selepas 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya. Keputusan adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat rayuan tidak akan dilayan.

1 comment:

  1. salam..sy nk ty..sy student uitm lepasan diploma..sekarang ni sy nk sambung degree di uitm juge.mcm mane nk mohon pinjaman mara untuk sambung study.sebelum ni sy pinjam dgn ptptn..tp untuk ijazah ni..sy xnk pinjam ptptn lg..

    ReplyDelete