Thursday, December 18, 2008

Garis Panduan Bantuan Persediaan


~salam~ni ada info penting untuk saper2 yg dapat tawaran sambung blajar...kawan2 ley mohon bantuan persediaan...segala maklumat ada kat bawah...ok...slamat memohOn...("<)

GARIS PANDUAN SKIM BANTUAN PERSEDIAAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPTA/IPTS) DAN SEKOLAH-SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)

(UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA LAYARI http://www.ytrg.terengganu.gov.my/
  1. NAMA SKIM :


    Skim Bantuan Persediaan (Skim BP)

  1. TUJUAN SKIM :


  2. 2.1 Meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh pelajar dalam membuat persediaan awal sebelum meneruskan pengajian.
    2.2 Mengelak dari berlakunya kes kegagalan pelajar untuk mendaftarkan diri di institusi pengajian yang ditawarkan kerana masalah kewangan.
    2.3 Sebagai galakan dan dorongan kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.

  3. SKOP SKIM BANTUAN PERSEDIAAN :


  4. 3.1 Peringkat Doktor Falsafah atau Sarjana secara sepenuh masa.
    3.2 Peringkat Ijazah Sarjanamuda di IPTA/IPT kerajaan negeri dan IPTS berkaitan.
    3.3 Peringkat Diploma/Intergrasi di IPTA/IPT kerajaan negeri dan IPTS berkaitan.
    3.4 Peringkat International Baccalaureat/Foundation/Matrikulasi/A Level.
    3.5 Peringkat Sijil (termasuk peringkat pra di KYT, KSI serta Institusi Latihan Kemahiran seperti ILP, IKBN, IKM dan seumpamanya) yang menetapkan tempoh latihan tidak kurang dari setahun.
    3.6 Sekolah Menengah Berasrama Penuh Kerajaan Persekutuan atau Negeri.

  5. KELAYAKAN ASAS MEMOHON :


  6. 4.1 Pemohon mestilah rakyat Negeri Terengganu Darul Iman berasaskan kepada salah seorang ibu/bapa/penjaga pemohon hendaklah lahir di Terengganu. Surat pengesahan mastautin diperlukan bagi mereka yang bukan kelahiran Terengganu tetapi telah menetap di Terengganu tidak kurang daripada 10 tahun.
    4.2 Mendapat tawaran daripada IPTA, IPTS yang mendapat pengiktirafan Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) dan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) - terutamanya yang menjalankan kerjasama dengan IPTA, Institusi Latihan Kemahiran kerajaan dan Sekolah-sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang diiktiraf oleh kerajaan.

  7. KRITERIA PERTIMBANGAN

  8. 5.1 Permohonan sebagaimana kategori di bawah LAYAK dipertimbangkan:

    5.1.1 Kemasukan ke IPTA/IPTS Tempatan:

    1. Memohon bagi kemasukan pertama kali ke IPTA/IPTS Tempatan.
    2. Permohonan lebih dari sekali hanya akan dipertimbangkan sekiranya pemohon mendapat tawaran ke IPTA/IPTS di peringkat pengajian yang lebih tinggi dari permohonan pertama.

      Contoh:

      Permohonan kali pertama - Perigkat Matrikulasi.
      Permohonan kali kedua - Peringkat Ijazah.

    3. Mendapat tawaran bagi mengikuti pengajian secara sepenuh masa sahaja.
    4. Mengemukakan surat tawaran kemasukan yang asal sewaktu menyerahkan permohonan untuk dibuat semakan. Surat tawaran yang mengandungi butiran-butiran di bawah secara jelas sahaja akan diterima:


    5. i. Tarikh lapor diri.
      ii. Kursus yang ditawarkan.
      iii. Tempoh kursus.
      iv. Tempat kursus dijalankan.

    6. Pemohon yang mendapat tawaran daripada IPTS serta Institusi Latihan Kemahiran terpilih dikehendaki mendapat pengesahan pendaftaran daripada institusi-institusi terbabit terlebih dahulu sebelum menyerahkan borang permohonan

    5.1.2. Kemasukan ke SBP Kerajaan Persekutuan atau Negeri.

    Kemasukan pertama kali ke SBP berkaitan.

    1. Pertimbangan hanyak diberi bagi kemasukan ke Tingkatan 1 (berdasarkan keputusan UPSR) dan Tingkatan 4 (berdasarkan keputusan PMR) sahaja.
    2. Pertimbangan bagi pemohon yang mendapat tawaran ke Tingkatan 4 akan dibuat berdasarkan kepada ketetapan berikut:
    3. i. Mereka yang lulus PMR daripada Sekolah Menengah Harian Kerajaan Persekutuan atau Negeri yang ditawarkan ke SBP Kerajaan Persekutuan, termasuk MRSM atau SBP Kerajaan Negeri.

      Contoh:

      Daripada SM Tun Telanai ke SM Sains Dungun.
      Daripada SM Ajil ke MRSM Kuantan.
      Daripada SMA Khairiah ke Sekolah Tun Fatimah.
      Daripada SMA Maarif ke KOSPINT.

      ii. Mereka yang lulus PMR daripada MRSM yang ditawarkan memasuki MRSM Program Khas Pendidikan (BITARA) seperti MRSM Langkawi, MRSM Jasin, MRSM Pengkalan Chepa dan sebagainya.

      Contoh:

      Daripada MRSM YT Besut ke MRSM Taiping.
      Daripada MRSM Beseri ke MRSM Langkawi.
      Daripada MRSM Gerik ke MRSM Peng. Chepa.

      iii. Mereka yang lulus PMR daripada SBP Kerajaan Negeri yang ditawarkan memasuki SBP Kerajaan Persekutuan.

      Contoh:

      Pelajar daripada KOSPINT ke MRSM Kuantan.
      Pelajar daripada KIST ke Sekolah Tun Fatimah.
      Pelajar daripada SM Imtiaz Besut ke SESMA.


    5.2 Permohonan seperti di bawah TIDAK akan dipertimbangkan:

    5.2.1. Peringkat Kemasukan ke IPTA/IPTS Tempatan:

    1. Gagal mengemukakan surat tawaran kemasukan yang asal.
    2. Surat tawaran yang hanya bertulis tangan, tawaran kursus yang tidak jelas, tidak dinyatakan tarikh daftar dan meragukan.
    3. Mengemukakan permohonan melebihi sekali dalam peringkat pengajian yang sama:
    4. Contoh 1:

      Kali Pertama - Peringkat Diploma (UiTM Perlis).
      Kali Kedua - Peringkat Diploma (UiTM Pahang).

      Contoh 2:

      Kali Pertama - Peringkat Ijazah (UTM).
      Kali Kedua - Peringkat Ijazah (UiTM).

      Contoh 3:

      Kali Pertama - Peringkat Matrikulasi (KPM).
      Kali Kedua - Peringkat A Level.

    5. Mendapat tawaran bagi mengikuti pengajian secara Separuh Masa (part time) atau Sepenuh Masa tetapi mendapat kelulusan belajar dari majikan secara separuh gaji atau bergaji penuh.
    6. Pemohon-pemohon yang mendapat tawaran daripada IPTS serta institusi latihan kemahiran terpilih yang tidak mendapat pengesahan pendaftaran daripada institusi-institusi terbabit.

    5.2.2. Kemasukan ke SBP Kerajaan Persekutuan atau Negeri.

    1. Kemasukan bukan di Tingkatan 1 atau Tingkatan 4.
    2. Bertukar daripada mana-mana SBP Kerajaan Persekutuan ke Tingkatan 4 di SBP Kerajaan Persekutuan yang lain ATAU sesebuah MRSM ke MRSM yang lain (tidak melibatkan Program Khas Pendidikan).
    3. Contoh:

      Pelajar daripada MCKK ke SESMA.
      Pelajar daripada MRSM Jasin ke MRSM Taiping.
      Pelajar daripada MRSM Gerik ke MRSM Kuantan.

    4. Bertukar daripada mana-mana SBP Kerajaan Negeri ke Tingkatan 4 di SBP kerajaan Negeri yang lain.
    5. Contoh:

      Pelajar daripada KIST ke KOSPINT.
      Pelajar daripada IMTIAZ ke SMAASZA

    6. Pelajar-pelajar yang diterima masuk ke Tingkatan 4 di SBP Kerajaan Negeri yang sama:
    7. Contoh:

      Daripada Tingkatan 3 di KIST ke Tingkatan 4 di KIST.
      Daripada Tingkatan 3 MRSM Gerik ke Tingkatan 4 di MRSM Gerik.

  9. CARA MEMOHON

  10. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Ibu Pejabat Yayasan Terengganu, Kuala Terengganu, Maktab Rendah Sains Mara - Yayasan Terengganu Besut, Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut dan Dungun, Kolej Islam Sains Terengganu (KIST) Kuala Berang, Asrama Yayasan Terengganu, Kemaman dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

    Terdapat dua jenis borang disediakan. Pertamanya untuk institusi pengajian yang dikategorikan sebagai IPTA dan Sekolah Berasrama Penuh (borang BPPYT - 002 - i, berwarna merah jambu). Keduanya ialah untuk semua institusi pengajian yang di ketegorikan sebagai IPTS dan Institusi Latihan Kemahiran terpilih (borang BPPYT - 002 - ii, berwarna biru).

  11. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  12. Permohonan hendaklah dikemukakan bersama salinan dokumen-dokumen di bawah yang disahkan;

    i. Salinan-salinan Surat Beranak dan Kad Pengenalan Pemohon.
    ii. Salinan Kad Pengenalan ibu/bapa/penjaga.
    iii. Salinan surat tawaran masuk ke institusi pengajian yang berkaitan (surat tawaran yang dicetak menerusi internet tidak diterima).
    iv. Salinan keputusan peperiksaan UPSR/PMR bagi pemohon ke SBP.
    v. Surat akuan bermastautin bagi ibu/bapa/penjaga yang tidak dilahirkan di Terengganu tetapi bermastautin di Terengganu melebihi 10 tahun.

  13. TEMPOH MEMOHON
  14. Permohonan yang lengkap beserta dokumen yang dinyatakan di para 7 di atas hendaklah diserahkan dalam masa satu minggu sebelum atau sebulan selepas tarikh mendaftar diri di institusi pengajian berkaitan.

  15. KELULUSAN PERMOHONAN
  16. Permohonan Bantuan Persediaan akan diproses serta merta sekiranya permohonan tersebut lengkap dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

  17. KADAR BAYARAN :


  18. i. Doktor Falsafah (sepenuh masa)- RM1,000.00
    ii. Sarjana (sepenuh masa) - RM1,000.00
    iii. Ijazah Sarjanamuda - RM1.000.00
    iv. Diploma/Integrasi - RM750.00 v. International Baccalaureat - RM500.00
    vi. Foundation. - RM500.00
    vii. Matrikulasi/A Level. - RM500.00
    viii. Sijil (Program dua tahun ke atas) - RM500.00
    ix. Sekolah Menengah Berasrama Penuh - RM500.00 (Luar dari Negeri Terengganu).
    x. Sekolah Menengah Berasrama Penuh - RM300.00 (Dalam Negeri Terengganu.
    xi. Sijil (Program satu hingga dua tahun) - RM300.00
    * Tambahan RM300.00 untuk IPT di Sabah dan Sarawak.

  19. PEMBAYARAN :
  20. Yayasan Terengganu akan memproses bayaran sebaik sahaja segala urusan berkaitan selesai. Terdapat dua cara pembayaran akan dilakukan, iaitu secara tunai atau menerusi akaun simpanan pemohon (bagi kes-kes tertentu).

  21. SENARAI IPT
  22. Bantuan Persedian dipertimbangkan kepada pelajar yang mendapat tawaran ke institusi pengajian berikut:

    IPTA/INSTITUSI PENGAJIAN KERAJAAN NEGERI

    1. Universiti Malaya (UM).
    2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
    3. Universiti Sains Malaysia (USM).
    4. Universiti Putra Malaysia (UPM).
    5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
    6. Universiti Utara Malaysia (UUM).
    7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
    8. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
    9. Universiti Malaysia Sabah (UMS).
    10. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
    11. Universiti Teknologi Mara (UiTM).
    12. Universiti Darul Imam Malaysia (UDM).
    13. Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM).
    14. Kolej Universiti Tun Hussein Onn (KUiTTHO).
    15. Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM).
    16. Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM).
    17. Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUKTEM).
    18. Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM).
    19. Politeknik-Politeknik.
    20. Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA).
    21. Terengganu Advanced Technical Institute (TATI).
    22. Akademi Seni Kebangsaan (ASK).
    23. Kolej Yayasan Terengganu (KYT).
    24. Maahad Tahfiz milik Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.
    25. Institusi Latihan Kemahiran seperti ILP, IKBN, IKM dan seumpamanya yang menetapkan tempoh latihan tidak kurang dari setahun.

    IPTS

    1. Universiti Multimedia (MMU)
    2. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
    3. Universiti Teknologi PETRONAS (UTP).
    4. Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR).
    5. Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU).
    6. Universiti Kuala Lumpur (UNIKL).
    7. Lain-lain IPTS yang mendapat pengiktirafan JPS dan LAN terutamanya yang menjalankan program secara kerjasama dengan IPTA.

    SEKOLAH BERASRAMA PENUH

    1. Sekolah-Sekolah Menengah Sains.
    2. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
    3. Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT).
    4. Kolej Islam Sains Terengganu (KIST).
    5. Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA).
    6. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, Dungun dan Besut.
    7. Lain-lain Sekolah Berasrama Penuh yang diiktiraf oleh kerajaan.

  23. PELBAGAI :
  24. 13.1 Yayasan Terengganu berhak untuk tidak melayan dan mempertimbangkan sebarang permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

    13.2 Yayasan Terengganu berhak untuk membuat pindaan ke atas garis panduaan ini tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada pelajar

No comments:

Post a Comment