Wednesday, February 18, 2009

PERMOHONAN KPLI&JQAF TELAH DIBUKAA.....ISIK CEPAT SBLM 1 MAC...

A. IKLAN PERMOHONAN
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) Mode Sepenuh Masa atau Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah di Institut Pendidikan Guru.

1. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
1.1 Kewarganegaraan
Pemohon mestilah warganegara Malaysia pada tarikh iklan disiarkan.
1.2 Umur
a. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Jun 2009 iaitu lahir selepas 1 Jun 1974
1.3 Kelayakan Akademik


a.

Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.


b.

Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan.
c.
Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V).
2. SYARAT TAMBAHAN
2.1 Calon Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan.
2.2 Calon yang memohon hendaklah sihat tubuh badan, tidak mengidap apa-apa penyakit mental atau fizikal yang teruk, dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.
2.3 Calon yang berjaya dan ditawarkan kursus mestilah menunjukkan ijazah (skrol) semasa pendaftaran di Institut Pendidin Guru.
3. CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

3.1

Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.

3.2

Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti.

3.3

Calon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.

3.4

Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses dakwaan tindakan tatatertib.

3.5

Calon yang pernah dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

3.6

Calon yang pernah disabit dalam kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.
3.7 Calon yang mengidap penyakit kronik

4. BIDANG PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
4.1 KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (SEKOLAH RENDAH) SEPENUH MASA AMBILAN JUN 2009.
4.1.1 Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :

Bil.

Kod Baru

Bidang
1
A110M0000P
Bahasa Melayu
2
A110E0000P
Bahasa Inggeris
3
A110C0000P
Bahasa Cina
4
A110C0M00P
Bahasa Cina (Sekolah Kebangsaan)
5
A110T0000P
Bahasa Tamil
6
A110T0M00P
Bahasa Tamil (Sekolah Kebangsaan)
7
A111M0000P
Matematik
8
A111S0000P
Sains
9
A114K0000P
Kemahiran Hidup
10
A115A0000P
Pendidikan Agama Islam
11
A116C0000P
Kajian Sosial
12
A116J0000P
Pendidikan Jasmani
13
A116V0000P
Pendidikan Seni Visual
14
A117B0000P
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
15
A117C0000P
Pemulihan
16
A117K0000P
Bimbingan
17
A117M0000P
Pendidikan Muzik


4.2 KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (SEKOLAH RENDAH) j-QAF
MODE LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH AMBILAN JUN 2009.
4.2.1 Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :

Bil.

Kod

Bidang
1
A210A0000L
Bahasa Arab
2
A215A0000L
Pendidikan Islam
3
A217B0000L
Pendidikan Islam Pendidikan Khas j-QAF

5. CARA MEMOHON

5.1
Permohonan untuk mengikuti program ini hanya boleh dibuat secara Aplikasi Dalam Talian (on-line) sahaja. Calon dikehendaki merujuk e-Panduan Permohonan terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL seperti berikut: http://www.moe.gov.my


5.2

Permohonan Dalam Talian hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara mulai 16 Februari 2009 hingga 1 Mac 2009 dengan bayaran sebanyak RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja). Calon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan calon untuk membeli nombor PIN ini.

5.3
Gunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan. Nombor PIN ini juga digunakan untuk membuat semakan keputusan permohonan.




6. MAKLUMAN DAN PERHATIAN

6.1

Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja.

6.2

Calon bagi Ambilan Januari 2010 yang memenuhi syarat dan kelayakan asas untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) pada 28 Mac 2009 dan menghadiri temu duga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. (Sila rujuk Kalendar Aktiviti Proses Permohonan 2009 di dalam e-Panduan Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah untuk maklumat lanjut.)


6.3

Maklumat mengenai panduan dan status permohonan boleh didapati di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL, http://www.moe.gov.my


6.4

Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada internet dan dibawa bersama semasa ujian.


6.5

Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diri daripada internet. Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga. Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada calon


6.6

Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa surat pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga.


6.7

Calon yang berjaya ditawarkan kursus akan menerima surat tawaran rasmi semasa melapor diri di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan.


6.8

Program Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah dijalankan secara penempatan terus di sekolah rendah dan pengajian latihan perguruan akan dijalankan di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan semasa cuti persekolahan. Tempoh pengajian adalah selama 18 bulan dan berkhidmat di sekolah berkenaan tidak kurang daripada tiga tahun selepas tamat pengajian.


6.9
Maklumat permohonan yang tidak lengkap atau tidak benar, boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

6.10
Calon adalah dinasihatkan supaya terlebih dahulu membuat semakan kepada status kelayakan ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan dengan melayari portal di alamat berikut : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
7. TARIKH TUTUP PERMOHONAN


Permohonan bagi Ambilan Jun 2009 ditutup pada 1 Mac 2009.

8. PENDAFTARAN

Calon yang ditawarkan tempat mengikuti kursus ini akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan. Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di Institut Pendidikan Guru adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.

9. IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.

10. ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan di atas, sila hubungi alamat berikut:
Bahagian Pendidikan Guru
Paras 3, Blok E13, Parcel E
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
( u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar )
Nombor Telefon :

03-88841233
03-88841235
03-88841243
03-88841245
03-88841252
03-88841260

Urus Setia Bahagian Pendidikan Guru
Cawangan Sabah
d/a Institut Perguruan Gaya
88300 Kota Kinabalu, Sabah
Nombor Telefon : 088–236804

Urus Setia Bahagian Pendidikan Guru
Cawangan Sarawak
Jalan Kolej
93250 Kuching, Sarawak

Nombor Telefon : 082 – 258045
Klik untuk cetak halaman ini, jika perlu

© Hakcipta Terpelihara 2009, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia
Unt

No comments:

Post a Comment