Friday, February 20, 2009

TUDUNG....

Bertudung atau Berfesyen?
www.iluvislam.com
oleh: wanita sinaran islam
Editor: doraemong13



Bertudung atau Berfesyen? Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.

Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat. Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.




Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan.

Sekian, wassalam.



(Click picture to enlarge)


(Click picture to enlarge)


*Sumber : Rakan Masjid blogger



COMMENT YG PATUT DIRENUNGKAN.....

#

Seperti pengalaman saya.
Saya bertudung labuh. Tetapi yang biasa orang anggap ialah seperti orang tua. Tapi itu tidak melemahkan semangat saya. Yang penting niat. Saya memakai tudung labuh bukan kerana bersekolah agama tetapi memang nak pakai tudung labuh. Jadi tak boleh juga nak salahkan orang yang bersekolah agama bila dah keluar tak pakai tudung labuh. Mungkin sebab takde niatlah tu. Walau apapun saya tetap bersyukur kerana masih sepertimana hampir 20 tahun yang lalu walaupun wanita2 di sekeliling saya bertudung tetapi berfesyen. Yang pasti tidak mudah.

Yang sedihnya masyarakat sering mencerminkan wanita bertudung dengan bermacam2 anggapan dan tuduhan termasuklah yang berkaitan dengan perbuatan maksiat.real sad Bertudung tapi tak malu nak buat perkara2 keji. Memanglah kita akan cakap, lebih baik tak payah pakai tudung daripada menjatuhkan imej orang yang bertudung.no

Satu lagi trend sekarang ni yang lebih mengambil berat soal sarung lengan daripada sarung kaki. Memanglah sarung lengan tu bagus dan menutup aurat tetapi mereka lupa tentang berpakaian ketat dan tak pakai sarung kaki. Rasanya berpakain longgar dan bersarung kaki itu lebih utama walaupun kalau dikutkan semua tu wajib diambil berat.

Tapi cubalah tengok di sekeliling kita. Para pendakwah pun berfesyen mengalahkan kita yang biasa2 ni. Macam mana kita nak jadikan model? Wanita sekarang tak tahu dah nak fikir dan pilih mana yang betul. Takut dianggap tak ikut peredaran masa. Lepas tu mereka akan bandingkan orang itu dan orang ini.

Bagi wanita yang dah berkahwin, suami pun memainkan peranan penting dalam memastikan isteri bertudung mengikut syariat. Biasa yang saya lihat di sekeliling, sebelum kahwin bertudung labuh litup, tapi bila dah kahwin tak pakai tudung labuh dan tudung pulak semakin jarang pula tusobsob . Ada juga lelaki tu yang dulunya sibuk nasihat suruh orang pakai tudung tapi yang peliknya isteri dia tak bertudung. Tak ke pelik.hmm!

Semoga semua ini menjadi renungan kita semua. Mudah2an tudung bukan hanya sebagai penutup kepala tetapi untuk menutup aurat kerana mengikut syariat.yes Bersama2lah kita bermuhasabah diri. Muslimah itu cantik, apatah lagi sekiranya memakai tudung mengikut syariat.insyaAllah


#
hm..alhamdulillah
ana bertudung labuh dan kini telah berniqab
berkaitan dgn cara menegur yg baik berkaitan aurat n terutamanya dlm kalangan family sendiri juga kawan2..ana ada pengalaman sikit la

hm..utk menegur org yg rapat dgn kita agk mudah.yg penting kita perlu memahami mereka jenis yang macam mana dan tahu cara ape yang sesuai utk menegurnya dan diterima.
dlm family ana,akak2 ana semuanya bertudung tiga segi dahulu.alhamdulillah kini mereka memakai tudung lepas lerang 60.cara ana..ana mulakan diri ana yg memakainya.sbgai seorg daie yg igin mengajak mad'unya,setiap perubahan itu perlulah dilakukn pada dirinya sendiri dahulu.jadikan diri sbagai tauladan(akhlak kita).kmdn ana hadiahkn mrk tudung lerang 60 mengikut warna kesukaan mrk.memula mmg mrk tidak trus memakainya.tetapi melihat ana yg memakai dan kelihatan kemas malah masih boleh digayakan dgn pelbagai cara tanpa terdedahnya dada dan aurat yg lain.alhamdulillah skrg tudung2 tiga segi yg dirumah langsung dah x de org nak pakai sbb singkat.dan kalau keluar utk beli tudung pun semua pasti akn mencari tudung lerang 60/55/50.yahoo!

dikalangan kawan2.cara yang sama juga kita gunakan iaitu dr diri kita sendiri.tunjukkn lah even kita pakai tudung labuh,kita tetap kemas dan pembersih.jaga batas2 pergaulan,percakapan juga tingkah laku.kerana kebanyakkan org yg ditegur pasti akn melihat perwatakan org yg menegur itu.walaupun yang sepatutnya lihat pada ape yang ditegur bkn siapa yang menegur.tp sebagai daie itulah yang kita perlu buat sbgai persediaan mghadapi mad'u.perbaiki diri dahulu sblm memperbaiki org lain.itu yang sebaiknya.cara teguran juga mesti berhikmah.ada caranya,kena pd org dan wkt serta keadaannya.dan perlulah satu-persatu dan konsisten.spt kata insan_mahligaikesom.yes

mungkin ada org boleh berubah dgn cara teguran direct,ada juga yang perlu dipuji dahulu,ada juga dgn cara memerli.setiap org pasti lain caranya.sbb tu la sblm menegur mereka kita perlu kenal serta rapat dahulu dgn mrkcomfort.kekadang ada yang sampai perlu ikut rentak mereka dahulu,jadikan diri sebahagian dari mrk.dan dari situ kita akn dapati mudah caranya utk menarik mereka kembali kpd syariat yg sebenar sbgaimana yg telah ditetapkn dlm Islam.cat

wallahu 'alam
maaf panjang sgt.ini pandangan ana serta pengalaman yang ana mampu kongsi.
tatailuvislam

-ILUVISLAM.COM-

No comments:

Post a Comment