Mencari LAILATULQADAR
Daripada Hazrat Abu Sa’id al-Khudri r.a beliau berkata bahawa sesungguhnya Rasulullah saw telah beri’tikaf pada sepuluh hari pertama dari ramadhan dan kemudian sepuluh hari pertengahan di dalam satu khemah dari Turki. Kemudian baginda telah menghulurkan kepalanya keluar lalu berkata,
“ Sesungguhnya aku beri ‘tikaf sepuluh hari pertama untuk mencari malam tersebut , kemudian aku beri’tikaf sepuluh hari pertengahan ,lalu aku didatangi dan dikatakan kepada ku bahawa LAILATUQADAR ialah di dalam sepuluh hari yang terakhir. Sesiapa yang telah beri’tikaf bersamaku hendaklah dia beri’tikaf lagi pada sepuluh akhir. Sesungguhnya aku telah diperlihatkan malam tersebut tetapi kemudian telah dilupakan. Sesungguhnya aku telah bermimpi bahawa aku telah bersujud di dalam lecak pada pagi LAILATULQADAR . Maka carilah kamu akan malam itu pada sepuluh malam yang terakhir dan carilah pada malam yang ganjil . ”
Hazrat Abu said r.a berkata bahawa hujan telah turun pada malam tersebut dan masjid yang berbumbung daun tamar telah bocor.kedua mataku telah Nampak kesan lecak pada dahi Nabi saw.
Keterangan : Sememangnya menjadi adat kebiasaan Nabi saw untuk beri’tikaf . Pada bulan berkenaan Nabi Muhammmad saw beri’tikaf sepanjang bulan dan pada tahun kewafatannya Baginda saw telah beri’tikaf selama 20hari. Oleh kerana kebanyakan kebiasaan Nabi saw adalah beri’tikaf sepuluh hari terakhir , maka para ulama berpendapat bahawa beri’tikaf pada 10 hari terakhir dari ramadhan adalah SUNAT MUAKAD .
Dari hadith di atas pun dapat diketahui bahawa tujuan utama beri’tikaf adalah untuk mencari LAILATULQADAR . Sebenarnya , i’tikaf memang sangat sesuai untuk itu , kerana dalam keadaan beri’tikaf sekiranya seseorang itu tidur pun dia masih dikira sebagai beribadat.
Disamping itu ,semasa beritikaf seseorang itu juga tidak berulang-alik , atau kesana-sini , kerana tiada apa-apa urusan lagi yang perlu disibukkan selain beribadat dan mengingati tuhan yang maha pemurah. Oleh itu tidak ada satu amal pun yang lebih baik daripada i’tikaf bagi mereka yang tahu menilai LAILATULQADAR .
Sememangnya Rasulullah saw sangat mengambil berat terhadap ibadat dan memperbanyakkan ibadat pada sepanjang bulan ramadhan , bagida saw sendiri akan berjaga sepanjang malam dan juga mengambil berat untuk mengejutkan ahli keluarga baginda saw sebagaimana yang dapat diketahui daripada banyak riwayat dalam kitab Bukhari dan Muslim.
Dalam satu hadith riwatyat Bukhari dan Muslim , Hazrat Asiah r.anha berkata bahawa apabila tiba sepuluh akhir , baginda saw akan mengikat kainnya ketat-ketat dan berjaga untuk menghidupkan malam serta mengejutkan ahli rumahnya. Mengikat dengan ketat , mungkin juga membawa maksud untuk bersungguh-sungguh dalam beribadat dan mungkin juga bermaksud menjauhkan diri sama sekali daripada menggauli isteri-isteri.
No comments:
Post a Comment