Natrah Suatu Sejarah
Khamis lalu bersamaan 9 Julai 2009, media massa sama ada media cetak atau media elektronik telah melaporkan bahawa Natrah telah meninggal dunia. Mungkin ramai anak-anak muda yang kurang tahu tentang kisah hidup Natrah yang telah mencetuskan tragedi berdarah atau lebih dikenali sebagai tragedi Natrah yang berbaur sentimen keagamaan dan warna kulit.
Berikut adalah kronologi perjalanan hidup Natrah yang penuh dengan dugaan maha hebat.
Penulis tidak mahu bercerita lanjut tentang sejarah hidup Natrah kerana anda boleh merujuk Wikipedia. Kali ini penulis ingin membawa anda ke tempat Natrah dibesarkan iaitu Kemaman, Terengganu atau lebih tepat lagi Chukai. Kediaman penulis dengan Natrah boleh dikatakan terlalu hampir, hanya mengambil masa beberapa minit untuk ke lokasi berkenaan jika berjalan kaki. Rumah kayu yang agak besar itu dihuni oleh arwah abang ipar angkat Natrah. Malangnya beberapa bulan lalu, rumah kayu itu telah dirobohkan kerana tanahnya telah dijual setelah arwah meninggal dunia.
Menurut ayahanda penulis, Natrah dididik dengan ajaran Islam sehingga berjaya khatam Al Quran dan tidak mengabaikan solat 5 waktu. Che Aminah juga disebut orang sebagai seorang wanita kaya yang budiman. Secara peribadi, penulis pernah menjejakkan kaki ke sekolah rendah yang sama dengan cucu saudara angkat Natrah iaitu Mohd Akram Bin Abd Aziz. Sewaktu kecil dahulu, penulis selalu mengikut ayahanda menyewa filem aksi Jackie Chan dari kedai video milik salah seorang anak saudara angkat Natrah.
Natrah lambang wanita yang tersepit antara kemahuan dirinya untuk terus kekal menjadi wanita muslim seperti didikan Che Aminah tetapi dipaksa untuk menjadi kristian atas desakan keluarganya sendiri. Kesalan jelas terpahat di hati Natrah apabila 18 orang pejuang Islam syahid dan beratus-ratus orang lagi cedera kerana keberanian mereka mempertahankan akidah seorang gadis muslim. Natrah kekal dikenang di dalam sejarah Malaysia, Singapura dan Belanda dan British.
Antara petikan kata-kata lelaki Islam ketika Tragedi Natrah :-
Pada waktu tersebut orang melayu hendak masuk bagi membantah keputusan ke dalam mahkamah, Orang melayu diketuai oleh Karim Ghani telah ditahan oleh Inspektor Taha yang berkhidmat dengan kerajaan British.
Karim Ghani menyatakan kepada Inspektor Taha
“Ko orang Islam, aku orang Islam, aku datang hari ini bagi menyelamatkan akidah seorang anak yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” , adakah kamu yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” juga mahu menghalang aku? kamu halanglah aku akan tetap pergi….”
Dengar tu saja Inspektor Taha terus cabut uniform dia, buang senjata dia..Inspektor Taha menyatakan
“Demi Allah, aku akan bersama kamu pada hari ini.”
Laungan Allahukabar bergema disetiap sudut…Inspektor Taha terus serbu untuk masuk ke dalam mahkamah bersama orang-orang melayu. Lalu datang askar British tembak orang-orang melayu. Mengalir darah orang melayu di tangga mahkamah tinggi singapura. Seramai 18 orang telah gugur Syahid
Sumber : Shukur
Video-video berkaitan Natrah :-
Natrah – Handy Black (diharamkan kerajaan pada tahun 1992)
Eriyza : Tahun 1950 orang Melayu memang miskin tetapi mereka sanggup ke Singapura untuk mempertahankan kesucian agama Islam dari dinoda oleh si kafir laknat tetapi pada masa kini mengapa isu murtad dipandang enteng meskipun ia mula menular?? Ayuh, semangat cintakan Islam perlu dipupuk semula sehingga ke titisan darah yang terakhir.
No comments:
Post a Comment