Beritahu pada muslimah itudirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,dihantuk serpih,dihempap berkecai.
Beritahu pada muslimah itujaga tutur kata;cakap tinggi nanti dibenci,terlalu rendah dipijak pula,cakap sombong mengundang lawan,hati-hati meluah kata,kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa.
Beritahu pada muslimah itujaga tingkah laku;harga diri letaknya di situ,jangan meluru ikut telunjuk nafsu,sesekali tersilap langkah,akan dihukum selamanya,keturunan dicerca payah,menyesal kemudian bukan faedah.
Beritahu pada muslimah itujaga pakaian;ia cermin peribadi,juga lambang bangsa,di mana dan dalam keadaan macam manapun,biar orang kenal...Dia orang ISLAM.
Beritahu pada muslimah itusimpan secebis malu;kerana malu itu,sebahagian dari iman...
No comments:
Post a Comment