Saturday, March 7, 2009

Tawaran Biasiswa Monbukagakusho: MEXT 2010

Tawaran Biasiswa Monbukagakusho: MEXT 2010

Biasiswa Monbukagakusho: MEXT 2010 Bagi Pengajian Peringkat Ijazah Sarjana Muda & Sarjana

Tarikh Tutup 30 Mac 2009
Tempat Negara Jepun
Tempoh Program Sarjana Muda (5 – 7 tahun bermula April 2010)
Program Sarjana (1 ½ tahun atau 2 tahun bermula April / Oktober 2010)
Rujukan
Kategori Warganegara Malaysia
Syarat-syarat Permohonan
  1. Program Sarjana Muda

    (kursus Ijazah Sarjana Muda 5 – 7 tahun bermula dari April 2010)

    • Pemohon mestilah berumur antara 17 hingga 22 tahun pada 1 April 2009 (dilahirkan antara 2 April 1988 dan 1 April 1993);
    • Pemohon mestilah tamat SPM atau O-Level dan mempunyai sekurang-kurangnya 11 tahun pendidikan formal (Tidak Termasuk Kelas Peralihan). Pelajar STPM (rendah / atas) dan mereka yang akan mengambil peperiksaan A-Level, UEC, Matrikulasi atau Diploma pada tahun ini juga layak memohon (dengan syarat keputusan peperiksaan diketahui pada Mac 2010)
    • Pemohon mestilah mahir dalam Bahasa Inggeris dan mempunyai keputusan cemerlang di dalam subjek major yang lain.
  2. Program Sarjana

    (kursus 1 ½ tahun atau 2 tahun bermula dari April atau Oktober 2010)

    • Pemohon mestilah dibawah umur 35 tahun pada 1 April 2009 (dilahirkan pada atau selepas 2 April 1975);
    • Pemohon mestilah mempunyai ijazah sarhana muda (keutamaan bagi Kelas Pertama dan Kelas Kedua Atas) dan mempunyai 16 tahun pendidikan formal (Tidak Termasuk Kelas Peralihan). Siswazah sarjana muda yang berada di tahun akhir pengajian di universiti juga layak memohon.

    Bagi Kakitangan Kerajaan yang berminat, sila rujuk lampiran seperti berikut :-

    LAMPIRAN A

Dokumen Permohonan
  1. Program Sarjana Muda
  2. Program Sarjana

* Hanya diisi oleh Kakitangan Kerajaan sahaja

Bagi calon bukan Kakitangan Kerajaan, borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar terus ke alamat berikut :-

JAPAN INFORMATION SERVICE
EMBASSY OF JAPAN
NO.11, PERSIARAN STONOR,
OFF JALAN TUN RAZAK
50450 KUALA LUMPUR

Manakala bagi calon Kakitangan Kerajaan, borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut :-

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
UNIT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN II
ARAS 5, BLOK C1, KOMPLEKS C
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62510 PUTRAJAYA
(u/p : Encik Zulhelmi bin Zakaria)

Pegawai Bertanggungjawab Encik Zulhelmi bin Zakaria
Tel : 03-8885 3413
E-mel : zulhelmi.zakaria@jpa.gov.my
Fax : 03-8889 2171

No comments:

Post a Comment