Sunday, January 25, 2009



Tahukah kawan-kawan bahawa kadang-kadang kita mudah terlupa dengan pelajaran atau apa juga ilmu serta perkara yang baru kita pelajari sama ada di sekolah atau di rumah. Tahukah kawan-kawan bahawa
ANDA LUPA KERANA...

1)kurang tumpuan
2)kurang teliti
3)kurang minat
4)fikiran melayang atau berkhayal ketika membaca
5)sudah lama berlalu dan tidak diulangkaji
6)dan lain-lain lagi.

HAA, puncanya sudah diketahui. bagaimana hendak mengatasinya. senang sahaja...
1) tumpukan sepenuh perhatian ketika melaksanakan sesuatu tugas
2) tingkatkan minat terhadap pelajaran
3) mengulangkaji pelajaran secara berterusan dan bersistematik
4)dan lain-lain lagi.



Di mana kedudukan anda?

CIRI-CIRI PELAJAR BERMOTIVASI TINGGI

1)dia ingin pergi ke sekolah awal pada setiap hari.

2)pada masa lapang dia menjalankan aktiviti berfaedah. cth, pergi perpustakaan.

3)dia suka membaca dan gemar belajar.

4)dia menganggap peperiksaan sebagai satu cabaran dan bukannya beban.

5)dia sentiasa menyiapkan kerja rumah.

6)dia sentiasa melibatkan diri dlam kelas dan sentiasa bertanya kepada guru.

CIRI-CIRI PELAJAR BERMOTIVASI RENDAH

1)dia tidak suka belajar dan pergi sekolah.

2)dia tidak suka membaca dan benci jika ada ujian atau peperiksaan.

3)dia mendapati mata pelajaran yang dipelajari membosankan.

4)dia tidak ingin menjawab atau bertanya dalam kelas.

5)dia jarang mengambil bahagian dalam aktiviti pelajaran.

6)masa lapangnya diisi dengan aktiviti bermain dan membuang masa.

7)dan lain-lain lagi.

No comments:

Post a Comment