Tuesday, December 16, 2008

SEKADAR RENUNGAN BUAT DIRI YANG LUPA


Apabila kita ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kita mungkin akan menjauhinya....
Andai kita ingin berteman,

Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,

Kita akan membencinya....
Andai kita inginkan sahabat yang satu,

Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,

Kita mungkin akan memfitnahnya....
Andai kita inginkan seorang teman,

Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,

Kita mungkin akan menyalahkannya....
Andai kita ingin bersahabat,

Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa....

Jangan diharapkan sempurna, Kerana kita juga tidak sempurna

Jauhilah kamu daripada mendapat pujian.
Tidak perlu kata pujian melambung kerana pujian
biasanya membuat orang cepat lupa

dan alpa sebaliknya cemuhan selalu membuat
orang berjaga-jaga dan berwaspada.

No comments:

Post a Comment