Thursday, December 18, 2008

hurmmm....bahaya botoxxxxxxxxxxxx.....("_)


Bahaya botox kepada tubuh manusia

Pentadbiran Ubatan dan Makanan (FDA) memberi amaran dua rawatan botox iaitu versi khas dipanggil botox kosmetik dan pesaingnya, Myobloc iaitu ubat yang semuanya menggunakan racun toksin (botulinum) untuk menghalang reaksi saraf - boleh menyebabkan saraf berehat.

Menurut FDA, dalam kes jarang berlaku, toksin boleh tersebar di luar kawasan suntikan ke bahagian lain badan, melumpuh atau melemahkan otot yang digunakan untuk bernafas dan menelan - kesan sampingan yang berpotensi membawa maut.

Botox terkenal kerana meminimumkan kedutan dengan melumpuhkan otot muka - namun botulinum juga digunakan secara meluas untuk keadaan pengecutan otot berlainan, seperti servikal distonia (gangguan postur leher) atau kekejangan leher teruk.

FDA menekankan kematian yang masih disiasat setakat ini semuanya membabitkan kanak-kanak, kebanyakannya pesakit palsi serebrum (otak tidak normal) yang dirawat akibat keadaan spastik (rintangan gerakan pasif anggota) pada kaki mereka.

FDA tidak pernah secara rasmi meluluskan penggunaan ubatan itu namun sesetengah negara membenarkannya.

Menurut laporan majalah mingguan Focus di Jerman, Agensi Perubatan Eropah (EMA) yang mempunyai ibu pejabat di London merekodkan lebih 600 kes kesan negatif suntikan yang dikaitkan dengan rawatan kosmetik popular sehingga Ogos 2007. Dalam 28 kes, pengguna suntikan itu meninggal dunia.

Di Jerman, Institut Persekutuan bagi Perubatan dan Produk Perubatan menerima 210 laporan disyaki berkaitan dengan Botox, yang digunakan oleh berjuta orang di seluruh dunia untuk menghilangkan kedutan. Lima daripada kes itu membabitkan kematian.

Botulinum toxin ialah racun biasa yang ditemui dalam makanan basi yang 400 kali lebih kuat berbanding sianida.

Apabila disuntik, dos yang sedikit melumpuhkan otot dan menghalangnya daripada bergerak selama empat hingga enam bulan - sesuai untuk menghapuskan garisan halus buat sementara tetapi berpotensi menyebabkan kematian jika ia memberi kesan kepada otot yang salah.

Botox dan Kosmetik Botox memberi amaran pada label mereka mengenai kemungkinan tindak balas kurang baik berhampiran bahagian suntikan bagi setiap produk yang diluluskan penggunaannya, menurut FDA.

Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan ada menyatakan bahawa botox diperbuat daripada Botulinum toxin A dan tidak berasaskan tumbuhan. Walaupun, dalam kepekatan rendah (seperti dalam botox) ia masih sejenis neurotoksin yang amat berbahaya pada tubuh manusia.

Botox disenarai sebagai bahan racun berjadual. Ia bermakna ada amaran bahayaterhadap penggunaannya .

.

No comments:

Post a Comment